Wednesday 27 July 2016

BAGAIMANA NUTRIWHITE SHAKLEE MEMBANTU KITA KEKAL CANTIK DAN SEMAKIN CANTIK

Hai ladies, Hello Gorgeous. Terima Kasih dan selamat datang kepada semua Si Jelita yang mengunjungi blog saya. Entri menarik yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah bagaimana NutriWhite Shaklee membantu kita kekal cantik dan semakin cantik. 


Semua wanita di dunia ini dilahirkan cantik. Cantik itu sangat subjektif dan berbeza mengikut pendapat masing-masing. Cantik itu indah. Semua wanita ingin cantik. Tapi bagaimana ? 

Tambahan sekarang rating tertinggi viral mengenai kes muka rosak akibat kesalahan guna produk. Saya bukan nak kondem mana-mana produk kecantikan. Saya juga pencinta kecantikan dan telah mencuba pelbagai jenis produk tetapi keputusannya menghampakan.

Selepas melahirkan anak sulung, muka saya mengalami alahan jerawat yang sangat teruk. Pelbagai jenis produk yang saya cuba dari harga murah sehinggalah harga mahal. Saya tidak pernah serik, itu fitrah wanita. Mencuba dan terus mencuba. Sanggup berkorban duit kan nak cantik. Anda setuju ? 

Produk murah ni macam-macam jugak saya guna. Kalau senaraikan mau panjang berjela. Bila tak berkesan buang dan beli yang lain. Pantang je orang cakap terus beli.

Pengalaman pertama saya menggunakan produk mahal ialah Set Kecantikan MiraQ Healin Gamat. Satu set ni berharga lebih kurang RM450.00. Lepas je pakai muka saya bertambah teruk jerawat dan bernanah. Saya berhenti menggunakannya. 

Pengalaman kedua hebat sikit, dek kerana terpengaruh dengan iklan tv saya pun pergi untuk mendapatkan rawatan di pusat kecantikan di New York Skin Care. Kos  yang dijanjikan untuk kulit confirm bersih ialah RM8000. Saya terpengaruh sebab perjanjiannya cukup hebat dan ada jaminan. Jadi saya pun bersetuju.  Setelah menjalani 7 sesi, muka saya macam tu jugak. Ada pulak tawaran yang best jika saya tambah lagi RM6000 muka saya akan ok. Saya tak nak teruskan dah. 


Kecewa pun ada duit dah banyak keluar ni. Jika saya berhenti pada sesi ke 7 lebihan wang tidak akan dikembalikan. Seterusnya saya cuba pula produk Mary Kay dan satu set ini lebih kurang RM450.00. Masa ni teruja sebab muka nampak perubahan. Tapi bila masuk set kedua timbul pulak jeragat yang banyak di bawah mata. Nampak gayanya terpaksa juga stop. Hati dah kecewa dah konon-kononnya.


Pada bulan September tahun 2015 saya menyertai Projek Home & Mobile Spa anjuran The Walking Beauty. Produk yang digunakan 100% set Nutriwhite Shaklee. Sebelum ni saya tak pernah tahu yang Shaklee ada set penjagaan wajah. wapaupun saya menggunakan. Macam mana nak tahu sebab supplemen Shaklee pun tak pernah makan.

Saya bersyukur dipertemukan dengan projek ini. Allah temukan saya dengan produk yang berkesan untuk mengatasi masalah bukan sahaja kulit saya malah kulit wanita-wanita yang ingin tampil semakin cantik berseri. Pada mulanya saya hanya buat Spa untuk customer sahaja. Saya langsung tidak menggunakannya. Tetapi apabila feedback yang diberi sangat baik dan ada yang dah booking slot spa setiap bulan menggerakkan hati saya untuk mencuba. Inilah Shaklee Effect yang betul-betul nampak perubahan pada kulit wajah saya.





KORANG TAU TAK APA YANG BESTNYA NUTRIWHITE NI ?

1. Kajian Tentang Nutriwhite

Nutriwhite Shaklee telah dihasilkan selepas  3 tahun kajian pembangunan yang dijalankan oleh Saintis Amarika Syarikat dan Pakar Kulit Jepun. Nutriwhite terbukti selamat dan berkesan kerana 100% sumber flora semulajadi. Mempunyai paten tersendiri yang membantu pengurangan melanin dan mencerahkan kulit



2. Bahan-Bahan Semulajadi Dalam Nutriwhite

Nutriwhite yang berkualiti dihasilkan dengan menggunakan penggabungjalinan 16 sumber botani semulajadi. 

1. Bearberry 
meringankan, mengurangkan keradangan dan melegakan kulit muka
2. Soybean 
 mencerah, melembutkan, melembap dan kurangkan tompok
3. Skullcap
 meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid
4. Beech Tree 
 meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit
5. Strawberry Begonia 
mencerahkan pigmentasi
6. Mulberry 
mencegahkan kerosakan dari sinaran matahari dan melembapkan
7. Peony 
mencerahkan, melembapkan dan kurangkan radang.
8. Rosemarry 
 mengetatkan, merangsang keanjalan kulit dan legakan keradangan.
9. Aloe Vera -
melegakan, melembapkan dan keradangan
10. Mountain Arnica
 mengurangkan keradangan dengan flavones
11. Cat's Claw 
menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin
12. Kudzu Leaf & Roots 
 menegangkan dan kurangkan keradangan drnha isoflovanes
13. Linden 
menyuburkan dan hidrasi hingga ke dalam kulit
14. Marshmallow 
melembabkan dengan tanin
15. Seaweed 
 mengeluarkan, memelihara dan menegangkan kulit

16. Green Algae 
menyahtoksin dan melembapkan kulit


3. Fungsi Nutriwhite yang membantu kita kekal cantik
  • Menghalang kerosakan kulit akibat cahaya matahari dan UV
  • mengurangkan pigmentasi pada kulit
  • menghalang tompok-tompok gelap pada kulit
  • mencerahkan kulit dan warna sekata
  • memperbaharui sel-sel kulit yang rosak dan membantu hilangkan parut
  • proses pemulihan kulit secara semulajadi dan tidak memberi tekanan pada kulit 
  • memberi penyerapan 100% pada kulit wajah sehingga ke bahagian lapisan bawah kulit
  • tiada bahan kimia yang boleh menjejaskan struktur kulit
  • lapisan lembut kulit wajah tidak nipis dan tidak terhakis



SET PENJAGAAN WAJAH 



1. NUTRIWHITE ACTION MAKE-UP REMOVER


Beach Tree dalam make-up remover ini berfungsi untuk menghilangkan sel-sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan. Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit. Selepas menggunakan NW Make-up Remover kulit akan menjadi licin, lembut, tidak berminyak dan berseri. 


2. NUTRIWHITE GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER


Seaweed mempunyai keunikan  untuk menghilangkan kekotoran secara lembut, membuang sel mati dan menegangkan. selain itu, Green Algae juga membantu menyahtoksin dan melembapkan wajah dan fungsi Strawbery Begonia ialah untuk mencerah dan menyeimbangkan pigmentasi. NW Gentle Deep Foaming Cleanser membersih dan menyegarkan secara alami.

3. NUTRIWHITE SOOTHING RADIANCE WHITENING SOFTNER


Keharuman Rosemary yang memberikan kesegaran kepada kulit dan menegangkan. Ditambah pula dengan keunikan Kudzu Leaf  yang bersifat nuetral mencerah dari dalam dan gabungan unik Marshmallow  yang sangat berkesan melembapkan wajah. NW Sooting Radiance adalah sentuhan yang sangat lembut dan mengembalikan kulit wajah pada PH yang seimbang. 

4. NUTRIWHITE  DAILY DEFENSE WHITENING ESSENCE


Essence ini mengandungi Bearbery  yang berfungsi untuk mencerahkan dan menegangkan kulit. Strawberry Begonia  pula dapat mengimbangkan pigmentasi pada kulit wajah. Selain itu  Soy Bean dapat melembut dan mengurangkan tompok-tompok hitam pada wajah. Tambahan pula gabungan Mulberi dan Vitamin C dapat mencegah kulit  daripada kerosakan sinaran cahaya matahari dan dapat mengembalikan seri wajah. NW Essence sangat mudah diserap oleh kulit. Saya nak kongsikan sedikit keunikan Mulberi  ini, selain buahnya yang kaya dengan vitamin c, daun Mulberi  juga dimakan oleh ulat sutera. Ulat sutera yang memakan daun Mulberi ini akan menghasilkan sutera yang cantik dan mahal harganya. 

5. NUTRIWHITE SPOT WHITENING TREATMENT


Peony yang terkandung didalamnya amat bernilai kerana mempunyai kuasa pencerahan dan melindungi kulit daripada keradangan. Digabungjalin bersama Cats Claw untuk menegangkan kulit dan kandungan Vitamin C membawa kecerahan yang baru untuk kulit yang lebih halus. NW Spot Whitening dapat memperbaiki kesan matahari serta jeragat pada kulit secara semulajadi dan sangat berkesan.

6. NUTRIWHITE DAY TIME WHITENING LOTION


Kaya dengan pati botani Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari. selain itu campuran bunga Mountain Arnica dapat membina sel-sel kulit akibat keradangan dan melindungi kulit daripada kesan pancaran UV serta dapat membina daya ketahanan terhadap kerosakan persekitaran.

7. NUTRIWHITE OVERNIGHT RENEWAL WHITENING CREAM


Kesan yang sangat optimum untuk memperbaiki dan mengembalikan  keremajaan kulit. Gabungan hebat Linden, Scullcap, dan Vitamin C dapat menyihatkan kulit  dan melembapkan kulit secara mendalam. rasailah keunikan NW overnight kerana memperbaiki struktur kulit akibat  kesan terdedah pencemaran persekitaran. 




TEKNIK CUCIAN WAJAH YANG BETUL



Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit bolehlah mencuba set NUTRIWHITE ini. Belum cuba belum tahu. InsyaAllah saya akan bantu wanita-wanita diluar sana untuk tampil cantik dan semakin cantik. Saya juga pernah mengalami masalah kulit sedikit masa dahulu, tetapi saya tidak putus asa untuk mencuba. Percubaan saya kali ini tepat dan berhasil. 

Jom kita sama-sama cantik. Cantik secara semulajadi dan sihat. Kulit yang sihat akan memaparkan wajah yang sihat InsyaAllah dengan izin Allah. 

#SHAKLEE EFFECT 1


#SHAKLEE EFFECT 2


#SHAKLEE EFFECT 3


#SHAKLEE EFFECT 4



Salam sayang,













Nur Azura bt Mohamad Yusop
@ 011.1075.3394

SID 1211475










No comments:

Post a Comment


Assalamualaikum dan salam sejahtera khas buat semua pengunjung blog saya. Nama saya nur azura bt mohamad yusop. Saya seorang guru pendidikan khas. Saya sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang comel.
Saya juga merupakan seorang Jurulatih SPA dan dan Pengedar Sah Shaklee. Kepakaran saya dalam bidang kecantikan. Fokus utama saya ialah membantu wanita yang mempunyai masalah dalaman dan kecantikan untuk kelihatan lebih cantik dan sihat




♥ Copyright © Azura Yusop | All Rights Reserved| Design by Pawona Kreatif