Monday 4 April 2016

DETOX MIRACLE

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya akan kongsikan kepada anda tentang keajaiban DETOX. Badan kita perlukan detox supaya dapat menyingkirkan toksin yang terkempam dalam badan.

KENAPA PERLU DETOX ?

Jika anda mempunyai simptom-simptom ini iaitu, sentiasa LETIH walaupun mempunyai jumlah tidur yang cukup, NAFAS berbau, OBESITI walaupun dah macam-macam plan diet. SEMBELIT, SAKIT KEPALA, ALAHAN BAUAN ini menandakan BADAN ANDA PERLU DI DETOX DAN DISERVIS.



PERCAYA TAK??

Setiap hari badan kita terdedah dengan 35 bahan kimia. Sama ada apa yang kita makan ataupun persekitaran. Saya kongsikan aktiviti seharian yang membuktikan badan kita terdedah kepada bahan kimia. 

Contoh Aktiviti Seharian yang menyebabkan tubuh kita dibebani toksin.

Awal pagi mandi, kita sudah terdedah dengan bahan kimia. Kita menggunakan sabun, syampu, conditioner, ubat gigi, pencuci wanita dan sebagainya.

Makeup : Bedak Compact, eyeliner, maskara, eyeshadow, lipstik dan sebagainya.

Sarapan : Nasi Lemak Ayam (minyak,lemak,kolestrol) (Ayam pula disuntik suntikan hormon)

Pergi kerja : Terdedah kepada asap persekitaran dan kesesakan

Minum pagi pukul 10.00 : Kopi (kafein), Teh Tarik (Kolestrol & Darah Tinggi)

Makan Tengahari : Ikan (bahan pengawet) , sayur ( semburan racun serangga ), dan sebagainya (tujuan bahan pengawet ini untuk memberikan ketahanan pada bahan makanan supaya tahan lebih lama)

Minum Petang : Kopi (kafein), Teh Tarik (Kolestrol & Darah Tinggi)

Malam : Sama juga makan makanan yang tak dapat lari daripada minyak, lemak dan kolestrol.

BAYANGKAN 1 hari rutin kita seperti ini dan mungkin akan terlebih atau terkurang dose makanan yang diambil. 1 hari badan sudah menampung segala bebanan toksin. Jika tidak di detox lama kelamaan akan terperap dan menempel di saluran usus. "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit" . Haaaa....ibarat kereta lah jika tidak servis tup-tup mati tengah jalan. Masa tu nak overhaul mak ai jejak ribuan ringgit. 

Organ Detofikasi

Organ-organ utama detoksifikasi, kulit, usus, hati, buah pinggang dan paru-paru dalam habitat semula jadi, akan menghapuskan toksin alam sekitar melalui peluh, kencing, pembuangan air besar. Hari ini kadar toksin masuk ke dalam badan adalah lebih banyak daripada tahap yang boleh dihapuskan dengan selamat, menyebabkan keadaan toksik badan yang kronik. Banyak penyakit-penyakit kronik seperti obesiti, kencing manis dan kemurungan boleh dikaitkan dengan kekurangan nutrisi dan bahan yang tidak diingini memenuhi badan.

Dalam keadaan ini, tubuh akan kehilangan keupayaan semula jadi untuk membuang toksin pada kadar yang sama toksin diperkenalkan kepada badan. Ia adalah pada ketika ini bahawa kita kehilangan keharmonian semula jadi dan keseimbangan dengan badan kita.



Inilah sebabnya mengapa badan kita perlu detox. Tiada gimik, segala bentuk detoksifikasi badan, semua bertujuan meneutralkan toksin dan memulihkan keupayaan semula jadi badan anda untuk menghapuskan bahan buangan dan toksin. Anggap detox sebagai butang reset untuk badan anda.

Dalam dunia hari ini, ia adalah tidak realistik untuk menghapuskan semua toksin luaran sepenuhnya tetapi dengan memberi badan kita bantuan, kita boleh memulihkan keupayaan untuk mengendalikan secara semula jadi fungsi detoksifikasi.

Hasil dari detox yang selamat boleh mempunyai kesan yang baik pada semua sistem badan kita, kardiovaskular, otot, saraf, pernafasan, pembiakan, imun dan mental, dan menghapuskan pelbagai penyakit kronik yang melanda masyarakat moden.

Set Detox Shaklee Singkirkan Toksin Berbahaya Dalam Badan


Set Detox Shaklee bertujuan menyingkirkan toksin, lemak dan juga lendir yang terkumpul dalam badan.Toksin yang banyak boleh menyebabkan sel dan juga organ dalam badan terpaksa bekerja keras.Secara asasnya organ seperti hati,buah pinggang,paru-paru dan juga kulit bertindak bertindak secara semulajadi dalam menyingkirkan bahan buangan tersebut dalam badan.


Namun akibat dari makanan yang mengandungi asid, pewarna dan pemanis tiruan, penggunaan racun perosak dan pengawet telah menyebabkan ia tercemar. Seterusnya makanan tersebut akan bercampur dengan bahan yang lain dalam badan kita.Ini menyebabkan organ percernaan kita tidak mampu untuk menyahtoksik dan menyebabkan ia berada dalam badan.

Toksin Dalam Badan

Lama-kelamaan toksin tersebut akan menghalang zat nutrisi makanan yang kita ambil dari diserap oleh badan kita. Patutlah ketika anda mengambil ubat kurus tidak juga menjadi kurus malahan semakin menggemukkan pula.

Ada juga set detox seperti foot patch atau teh detox yang dijual di pasaran. Bagi foot patch anda perlu meletakkan di tapak kaki sebelum tidur dan kesannya dapat dilihat ketika bangun pagi. Cuma masalahnya anda perlu membuang detox foot patch yang telah digunakan dalam tong sampah dari dikutip oleh anak anda.

Jadi anda boleh menukar pula dengan set detox shaklee yang didatangkan dalam bentuk tablet.Set ini adalah senang di makan dan boleh di bawa ke mana sahaja.

Mengapa Perlu Mengambil Set Detox Shaklee

-Memberikan tenaga dan mengelakkan keletihan melampau
-Menguatkan daya ingatan
-Melancarkan proses percernaan tanpa membebankan organ perkumuhan dalam badan kita.
-Mengatasi masalah kesukaran untuk tidur
-Kulit wajah menjadi cerah dan bebas dari jerawat dan juga jeragat.
-Mencerahkan bahagian badan yang hitam seperti celah ketiak dan juga peha
-Melindungi usus dari kotoran yang yang ada dalamnya.
-Menurun berat badan untuk kelihatan kurus dan juga langsing tanpa perlu berdiet yang ekstrem.
-Meningkatkan kesihatan hati yang penting dalam sistem percernaan kita.






Anda boleh hubungi saya untuk maklumat dan keterangan lanjut mengenai DETOX

Nur Azura bt Mohamad Yusop

011.1075.3394

SID 1211475

"mencegah lebih baik daripada merawat"

Tingkatkan kesihatan keluarga dengan makanan tambahan semulajadi, InsyaAllah






Shaklee merupakan produk makanan tambahan yang diiktiraf melaui R&D dan sudah bertapak 101 tahun. Produk yang terbaik sahaja akan bertahan lama kerana sudah ada pengguna tegar. Ini adalah ikhtiar. Segala-galanya bergantung kepada Allah jua.  Yakin dengan izin Allah dengan asbab Shaklee ini telah membantu lebih ramai orang.



Sunday 3 April 2016

RESEPI SEDAP ESP

Assalamualaikum semua :)

Santai-santai jom bersama shake shake oo shake ESP. 

ESP Shaklee tak sedap??



Tak boleh telan, rasa macam nak loya, dan macam-macam lagi la bermain difikiran. Betul ke tak sedap? 

Saya pun mula-mula nak minum memang feeling macam tu. aduhai memang tak boleh nak masuk. tapi bila fikir nak cantik....sedaya upaya telan jugak. Kalau berterusan begini maknanya saya memaksa diri saya untuk minum. Bila minum dalam keadaan stress bahaya juga tau...berkerut aje lah muka nanti. Jadi macam mana nak cantik kan ?? hehe

Rupa-rupanya banyak cara lain yang superb untuk menikmati ESP dengan lebih menyelerakan.

KORANG TAU TAK ???

1) ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri 

2) ESP menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikkan payudara anda

3) ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih

4) Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat

5) ESP juga membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam

6) Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum

7) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.

8) Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.

9) Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit

CADANGAN RESEPI ESP YANG MARVELLESS



SAYA SUKA MINUM ESP CAMPUR DENGAN SUSU UHT DUTCHLADY PERISA STRAWBERI. UMPPPPPH SEDAP SANGAT









ESP BOLEH JUGA DIBLENDER BERSAMA BUAH KEGEMARAN ANDA DAN CAMPURKAN KETULAN AIS. FUHHH RASA MACAM ICE BLENDED.

CADANGAN LAIN YANG SUPERB UNTUK MENAMBAH KENIKMATAN ESP ANDA

1 sudu bancuhan ESP + Milo

1 sudu bancuhan ESP + Oren Sunquick. (Ya Allah sedappnyeeee, freshhh sangat rasa bila minum)

1 sudu bancuhan ESP + Air Dutch Lady perisa Strawberry :)

1)  1 sudu bancuhan ESP + Air Suam
ingatt, jangan bancuh dengan air panas ok, bancuh dengan air suam/masak je. Kalau bancuh biasa akan dapatkan keaslian rasanya

1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk (Susu kotak atau susu tepung)

1 sudu bancuhan ESP + Twister Oren

1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk + kurma
(kurma tu rendamkan dulu dan boleh potong saja kecil2 mahupun blend)

1 sudu bancuhan ESP + Ribena 

1 sudu bancuhan ESP + Nesvita 3 in 1

1 sudu bancuhan ESP + Susu Anmum

1 sudu bancuhan ESP + campuran buah-buahan dan blend
(boleh pilih buah kegemaran anda)

1 sudu bancuhan ESP + Horlicks

1 sudu bancuhan ESP + Nestle Bliss

1 sudu bancuhan ESP + Meashake/Performance Drink/Cinch Shake
Cadangan Sukatan dan Waktu Minum ESP

Sukatan : 1 sudu besar ESP + Air Kegemaran Anda 

TIPS  ESP

Jangan bancuh dengan air panas, air kafein atau air berkarbonat sebab boleh HAPUSKAN nutrisi.

Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjal

Gunakan tumbler atau shaker atau botol tupperware untuk menggoncang/SHAKE bancuhan ESP untuk lebih mudah larut. Kalau guna sudu sahaja, nanti tak semua yang larut, jadi berketul-ketul.

JOM CUBA ESP SEDAP NI. SUPERB. SESUAI BAGI MEREKA YANG NAK BERDIET. MEMANG KENYANG SANGAT. CANTIK DAN MULUS SECARA SIHAT.




Anda boleh hubungi saya untuk maklumat dan keterangan lanjut mengenai ESP SUPERB

Nur Azura bt Mohamad Yusop

011.1075.3394

SID 1211475

"mencegah lebih baik daripada merawat"

Tingkatkan kesihatan keluarga dengan makanan tambahan semulajadi, InsyaAllah






Shaklee merupakan produk makanan tambahan yang diiktiraf melaui R&D dan sudah bertapak 101 tahun. Produk yang terbaik sahaja akan bertahan lama kerana sudah ada pengguna tegar. Ini adalah ikhtiar. Segala-galanya bergantung kepada Allah jua.  Yakin dengan izin Allah dengan asbab Shaklee ini telah membantu lebih ramai orang. 





BOOST IMMUNE SISTEM DENGAN NUTRIFERON


Assalamualaikum semua. Bertemu kembali untuk  Tips Sihat Ceria

Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE


Lupakan paracetamol sekarang! Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.

Paracetamol mempunyai side effect kepada tubuh. Mengapa pilih paracetamol sedangkan ada alternatif lain yang bebas dadah, semulajadi, selamat dan berkesan!

Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit.

Fahami Bagaimana Sistem Imun Tubuh Berfungsi.

Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.

Badan kita ni dicipta dengan begitu canggih sekali. Bermula dari pertahanan pertama – KULIT.  Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan saja akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan lain-lain. Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.

Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita, jadi ia  juga menyediakan sistem pertahanan. Antara sistem pertahanan semulajadi badan:

Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.

Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.

Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!


Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.

Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti… dan adakalanya ia breakdown.. apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita terganggu? Biasa kan orang kata “Musim hujan panas sekarang ni ramai orang demam..” Ya, perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress.. apa lagi kalau makan benda-benda yang kurang baik untuk kesihatan badan.
.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics. Kajian ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia. Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.

Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah Nutriferon. Sumber Nutriferon Adalah Penggalak Imunisasi Atau Immune Booster Kepada Tubuh . 


Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo, Jepun pada tahun 1954. Setelah membuat kajian selama 40 tahun ke atas ribuan jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, akhirnya beliau telah berjaya menemui interferon semulajadi di dunia iaitu Nutriferon. Beliau telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago mempunyai daya pendorong kepada pengeluaran semulajadi interferon tubuh.


Nutriferon adalah satu formula eksklusif dan telah dipatenkan oleh Shaklee dan tidak terdapat di mana-mana kedai atau farmasi di Malaysia. Ianya hanya boleh dibeli melalui pengedar Shaklee.
Mereka yang menghadapi masalah antibodi lemah, mudah sakit dan sakit yang lambat sembut sangat digalakkan untuk mengambil nutriferon.


Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?

1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
5. Mereka yang sering stress.
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.

Bagaimana Nutriferon bertindak?

NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama,untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan:-

Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;

Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;

Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;

Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.




6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA DAN ANDA?

Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.

Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.

Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.

Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.

TESTIMONI  NUTRIFERON



JOM DAPARKAN NUTRIFERON ANDA DAN KONSULTAN SECARA PERCUMA  OLEH SAYA. INSYAALLAH SAYA AKAN BERIKAN SERVIS YANG TIP TOP. KITA KENA IKHTIAR CARA LAIN SEKIRANYA ANAK KITA SELALU ADA MASALAH KESIHATAN



Anda boleh hubungi saya untuk maklumat dan keterangan lanjut mengenai Nutriferon

Nur Azura bt Mohamad Yusop

011.1075.3394

SID 1211475

"mencegah lebih baik daripada merawat"

Tingkatkan kesihatan keluarga dengan makanan tambahan semulajadi, InsyaAllah






Shaklee merupakan produk makanan tambahan yang diiktiraf melaui R&D dan sudah bertapak 101 tahun. Produk yang terbaik sahaja akan bertahan lama kerana sudah ada pengguna tegar. Ini adalah ikhtiar. Segala-galanya bergantung kepada Allah jua.  Yakin dengan izin Allah dengan asbab Shaklee ini telah membantu lebih ramai orang. 






Saturday 2 April 2016

BAGAIMANA VITAMIN C BERTINDAK MENCANTIKKAN KULIT KITA


Assalamualaikum semua si cantik manis. Kak Zura doakan kalian sentiasa di dalam lindungan-NYA. Kak Zura obses sangat dengan vitamin C. Tersangat obses. Nak tahu kenapa? Sebab Vitamin C ini memang superb membantu mengecutkan jerawat kak zura. Alahai...tersangatlah suka. Jerawat nak naik pun segan. Tak sempat naik dah terbantut dan kalau naik pun d


Haa.. topik menarik hari ini ialah Vitamin C Sustained Release 500mg

Apa keistimewaanya Vitamin C ni?  Boleh ke cantik hanya dengan Vitamin C. 

Fakta yang perlu korang tahu , Orang perempuan ni memang perlu makan Vitamin C supaya kulit kelihatan cantik bukan sahaja untuk suami tetapi untuk keyakinan diri sendiri. 

Banyak Vitamin C  di pasaran tetapi tak tahu nak pilih yang mana kan? Yang mana betul-betul berkesan.

Kak Zura ada jawapannya. Kak zura memilih Vitamin C Shaklee SR. Yang pastinya kak zura dah amalkan dan memang kesannya superb dan ofkoslah kak zura dah cuba, takkan kak zura nak makan Vitamin yang merosakkan diri kak zura kan?

Bila kak zura merasai keberkesanannya, kak zura ingin kongsikan kepada wanita-wanita yang saya sayangi untuk sama-sama kelihatan cantik. 

Kebaikan dan Keistimewaan Vitamin C 500 mg Shaklee 


Tubuh kita sering kehilangan Vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita-C Plus Shaklee dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan Vitamin C secara berterusan. Vita-C Plus 500 mg yang semulajadi ini membantu menyediakan Vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Selain itu , Vitamin C amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin . 

Antaranya:

1. Membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat. 

2. Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil Vitamin C bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat.

3. Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan Vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk. 

4. Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut Doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need Vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan Vitamin C dan oleh kerana kekurangan Vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

5. Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan Vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil Vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500 mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah  biji vitamin C dalam buah Oren.

JOM KITA CONGAK MAHAL KE VITAMIN C NI? 




MANFAAT YANG LAIN ADALAH :

Peningatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema. 

Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan. 

Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat. 

Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan. 
Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.



LAGI kelebihan Vitamin C ?

Baik untuk imunisasi dan daya tahan badan 
Mengurangkan simptom demam 
Mengatasi masalah jerawat degil 
Mengatasi masalah jerawat pasir dan nasi 
Membantu kulit sensitif seperti eczema, resdung 
Membantu penghasilan kolagen dalam tubuh 
Mengurangkan kesan "sunburn" 
Menjadikan kulit lebih gebu 
Melembapkan kulit dari dalam 
Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan 
Tona kulit menjadi lebih sekata 
Mengurangkan penyakit selsema 
Melindungi badan daripada radikal bebas 
Menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkan luka 
Merendahkan tekanan darah tinggi 
Memastikan saluran darah mengembang dengan baik 
Mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak 
Mencerahkan kulit secara semulajadi 
Membantu kelihatan lebih muda 
Merendahkan paras insulin 
Mengimbangkan sistem dalam badan 
Membantu penghasilan dopatime dalam sistem saraf 
Membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan 
Menghalang terkena serangan jantung 
Mengawal komplikasi diabetes 
Mengawal kelemumur 
Meningkatkan pertumbuhan rambut 
Mengurangkan keguguran rambut 
Menghasilkan rambut yang lebat 
Mengelak daripada uban

WAH BESTNYA BANYAKKAN MANFAAT HANYA DENGAN VITAMIN C SAHAJA. 


Apakah KEISTIMEWAAN & PERBEZAAN Vitamin C SHAKLEE dengan Vitamin C lain yang ada di pasaran? 

Vitamin C pertama yang SEMULAJADI dan bertindak secara ‘Sustained Release’ atau dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan Vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. 

Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet. 

Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan Vitamin c dengan lebih baik. 

Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan. Kesan pengambilan vitamin juga bukanlah sekelip mata. Haruslah sabar dan konsisten dalam pengambilan, barulah kesan optimum dapat dirasai.


Jika ditanya pada kak zura , sudah semestinya, Vitamin C Plus Sustained Release Shaklee yang menjadi pilihan kak zura ... 100% semulajadi , berkesan dan selamat diambil :) 

Lagi satu sangat jimat. Sebotol untuk 6 bulan ya. ;) 

TESTIMONI VITAMIN C














YANG PASTINYA INILAH SAYA. SAYA JUGA MENGAMALKAN VITAMIN C. DULU MUKA PENUH JERAWAT





Anda boleh hubungi saya untuk maklumat dan keterangan lanjut mengenai Vitamin C ini.

Nur Azura bt Mohamad Yusop

011.1075.3394

SID 1211475

"mencegah lebih baik daripada merawat"

Tingkatkan kecantikan dan  kesihatan  dengan makanan tambahan semulajadi, InsyaAllah






Shaklee merupakan produk makanan tambahan yang diiktiraf melaui R&D dan sudah bertapak 101 tahun. Produk yang terbaik sahaja akan bertahan lama kerana sudah ada pengguna tegar. Ini adalah ikhtiar. Segala-galanya bergantung kepada Allah jua.  Yakin dengan izin Allah dengan asbab Shaklee ini telah membantu lebih ramai orang. 
























Friday 1 April 2016

RAHSIA ESP YANG PERLU ANDA TAHU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar semua? Bertemu lagi pada kali ini dengan episod baru yang akan dikongsikan kepada anda. Saya akan dedahkan rahsia  dan keunikan ESP yang anda perlu tahu.



Energizing Soy Protein atau ESP sebenarnya telah mendapat pengiktirafan seantero dunia kerana proses kajian klinikal yang dijalankan berkali-kali bagi memastikan kualiti protein yang tinggi bersumberkan tumbuhan semulajadi dapat dihasilkan untuk manfaat optimum kepada bakal pengguna.

Protein kacang soya adalah 2 kali ganda lebih dari daging, 12 kali lebih dari  susu dan 4 kali ganda lebih dari telur. Ia juga rendah kolestrol, rendah lemak dan mudah diserap oleh tubuh manusia.
Energizing Soy ProteinRamuannya terdiri daripada:



Kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non-GMO) dan diproses di bawah suhu rendah.
Satu tin ESP (1kg) dihasilkan dari 30 kilogram kacang soya. Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.



Jom Kita Bongkar Rahsia ESP 





1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan

Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita

Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal

Bagi wanita yang mementingkan kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki

Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif

Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi

Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

7. Meningkatkan Keupayaan Memori

Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia.



Anda boleh hubungi saya untuk maklumat dan keterangan lanjut mengenai ESP Boombastik ini.

Nur Azura bt Mohamad Yusop

011.1075.3394

SID 1211475

"mencegah lebih baik daripada merawat"

Tingkatkan kesihatan keluarga dengan makanan tambahan semulajadi, InsyaAllah






Shaklee merupakan produk makanan tambahan yang diiktiraf melaui R&D dan sudah bertapak 101 tahun. Produk yang terbaik sahaja akan bertahan lama kerana sudah ada pengguna tegar. Ini adalah ikhtiar. Segala-galanya bergantung kepada Allah jua.  Yakin dengan izin Allah dengan asbab Shaklee ini telah membantu lebih ramai orang. 






Assalamualaikum dan salam sejahtera khas buat semua pengunjung blog saya. Nama saya nur azura bt mohamad yusop. Saya seorang guru pendidikan khas. Saya sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang comel.
Saya juga merupakan seorang Jurulatih SPA dan dan Pengedar Sah Shaklee. Kepakaran saya dalam bidang kecantikan. Fokus utama saya ialah membantu wanita yang mempunyai masalah dalaman dan kecantikan untuk kelihatan lebih cantik dan sihat




♥ Copyright © Azura Yusop | All Rights Reserved| Design by Pawona Kreatif